London - temui ibu negara
Pelajari kesemuanya mengenai London daripada tanda tempatnya yang unik seperti Big Ben dan the London Eye hingga ke pusat kebudayaannya yang kaya seperti Tate Modern dan muzium British.
"Ia adalah tempat yang paling saya gemari dalam dunia. Walaupun satu hari nanti saya mungkin telah melihat seluruh dunia ini, saya pasti ia akan tetap menjadi kegemaran saya!"
Scully, Washington, Amerika Syarikat
Tiada tempat dalam dunia ini yang benar-benar seperti London. Ibu negara England dan Britain, dan bandar terbesar di dalam Kesatuan Eropah, London adalah bandar pelbagai budaya yang bersemangat dan bertenaga serta 24-jam hidup. Pandu arah anda melalui adunan lama dan baru yang merangsangkan, hiruk pikuk bandaraya dan ketenteraman ruang-ruang terbuka yang banyak membuatkan London unik kepada para pelancong dan juga orang tempatan. Lebih daripada 300 bahasa dipertuturkan di London, menyumbang kepada budaya bandaraya itu yang mempesona dan menjadikannya tempat yang hebat untuk dilawati dan mengalami budaya dari seluruh pelosok dunia.
Latar budaya London yang sentiasa berubah dan pelbagai bermaksud akan sentiasa terdapat sesuatu yang baru untuk dilihat dan dilakukan di London. Dan pada masa yang sama, bandaraya itu mengekalkan ciri-ciri sejarahnya yang hebat, seperti Royal Botanic Gardens, Tower of London, Westminster Palace, Westminster Abbey & St Margaret's Church dan Maritime Greenwich, yang kesemuanya merupakan Tapak Warisan UNESCO.
London mempunyai tumpuan tarikan-tarikan utama yang paling hebat di Britain. Terdapat 238 tarikan yang percuma untuk dimasuki, dan tiada satu tempat pun di dunia di mana anda boleh melihat bermacam-macam benda dengan bayaran yang amat sedikit. Pemandangan menakjubkan dari London Eye , dan galeri seni moden yang paling dilawati di dunia, Tate Modern , hanyalah dua tarikan yang rugi untuk anda lepaskan.
Jika ada satu perkara yang anda tidak akan sekalipun berasa bosan di London, ia adalah membeli-belah. Dengan lebih 30,000 kedai untuk dipilih dan reputasi yang sedang berkembang dalam dunia fesyen, anda tidak akan kecewa. Oxford Street adalah kawasan membeli-belah terbesar Eropah, Bond Street adalah syurga label jenama terkenal, dan pasar-pasar jalanan Camden, Portobello Road and Brick Lane adalah paling sesuai bagi pemburu barangan antik.
|
|
|---|---|
Temui apa yang anda boleh lakukan di London for under £15. | Teater, restoran, bar, kelab - nikmati liburan malam hari di West End. |
Jelajah salah satu perkampungan London, seperti Greenwich, yang kaya dengan sejarah maritimnya. | Hadiahkan diri anda dengan satu hidangan di salah sebuah top 10 celebrity chef's restaurants kami. |
Nikmati teh tengahari di The Ritz atau Fortnum & Mason. | Cuba dan kesan bintang filem kegemaran anda dengan panduan kami ke star-spotting di London. |
Bersantai di Royal Parks London yang indah. | Menari sepanjang malam di nightclub di London. |
Seperti juga kebanyakan tempat di Britain, football adalah sukan paling popular di London. Bandaraya ini adalah rumah kepada beberapa kelab peneraju bolasepak England, dan mempunyai 13 pasukan bolasepak yang menjadi kemegahan - melebihi mana-mana bandaraya lain di dunia. London juga mempunyai 4 pasukan ganbungan rugby , dan rumah kepada 2 padang cricket (Lords dan the Oval), dan juga Wimbledon . London juga telah dipilih untuk menghoskan Sukan Olimpik 2012, menjadikannya bandaraya pertama di dunia yang menghoskan Olimpik Musim Panas sebanyak 3 kali.
London adalah destinasi bertaraf dunia bagi pencinta makanan. Dengan restoran-restorannya yang ada kelas, gastropubs tidak rasmi, deli-deli yang sangat hebat dan kafe-kafe yang sibuk, sememangnya terdapat sesuatu untuk disesuaikan dengan kesemua citarasa. Dan pilihannya amat banyak - anda akan dapati terdapat hidangan dari lebih 70 negara dan lebih 6,000 restoran untuk dipilih: 45 daripadanya adalah berbintang-Michelin!
London's music scene and heritage is truly spectacular. Ia mempunyai 400 tempat muzik secara langsung yang memenuhi segalanya daripada opera dan jazz hingga ke rock dan hip hop, dan di setiap pelosok bandaraya anda akan menemui tanda tempat muzikal yang terkenal dan tanda peringatan sebahagian daripada bintang-bintang muzik yang paling hebat. Musim panas adalah masa yang terbaik untuk muzik secara langsung di London – anda boleh menikmati segalanya daripada festival pop dan rock hingga ke festival muzik klasikal terbesar dunia – the Proms.
Terdapat begitu banyak untuk dilihat dan dibuat di London, oleh itu jangan buang masa dalam barisan, beli pas-pas lawatan dan tiket-tiket tarikan anda dalam talian! Mana-mana Londoner akan memberitahu anda yang Oyster Card adalah bahagian penting kit London – ia adalah kad lawatan yang anda boleh gunakan dalam cara bayar-ketika-anda-pergi atau diisi dengan kad lawatan 1-hari atau 1-minggu. Anda juga tidak akan mahu berjalan-jalan tanpa memiliki London Sightseeing Pass , yang memberikan anda kemasukan percuma ke 50 tarikan utama,seperti Windsor Castle , Hampton Court Palace , London Zoo , St Paul's Cathedral and Wimbledon Lawn Tennis Museum – dan itu hanya 5 daripada 50!