Relive a golden age
Britain merupakan tuan rumah kepada laluan kereta api stim dengan 200 tahun perjalanan lokomotif. Naiki dan alami sendiri bunyi deruan enjin dan bunyi wisel yang nyaring.
Pengembaraan kereta api stim yang memukau seluruh ahli keluarga, dan dengan pelbagai lagi tarikan-tarikan lain yang ditawarkan, anda pasti mengalami hari penuh keseronokan yang akan sentiasa anda ingat.
Naik lokomotif zaman Victoria atau Edward yang hebat dan dapatkan gambaran unik ke atas sejarah pengangkutan British sambil menikmati pemandangan yang paling indah.
Web: Isle of Wight railway
Sertai kanak-kanak dalam sebuah perjalanan indah kereta api stim miniatur di sekitar Tasik Southbourne dan nikmati ekspedisi alam sekitar dengan mengkaji hidupan liar tempatan.
Web: Eastbourne railway
Laluan kereta api bersejarah di Kent ini mempunyai jambatan kereta api berlandasan sempit yang terpanjang di negara dengan lokomotif asal dan ‘rolling stock’.
Web: Sittingbourne railway
Ikuti perjalanan lima batu yang menarik menerusi Yorkshire Dales dan jangan lepaskan acara istimewa seperti Thomas the Tank Engine.
Web: Embsay railway
Sebuah perjalanan kereta api stim sejauh 2 batu, taman riadah, bot kayuh, dua laluan kereta api miniatur, golf dan lorong sesat. Semua ini dan ditambahkan dengan kawasan desa Cornish yang indah.
Web: Lappa Valley railway
‘Pengalaman stim’ yang lengkap dengan kenaikan laluan kereta api berlandasan sempit, bulatan stim Victoria, pondok lokomotif, pameran enjin, enjin tarikan dan taman-taman.
Web: Bressingham Steam Experience
Dengan lokomotif stim sejak tahun 1873, anda boleh kembali ke masa lampau sambil mengikuti perjalanan menerusi kawasan desa di pulau ini yang mempunyai pemandangan paling indah.
Web: Isle of Man railway
Sebuah laluan kereta api penumpang miniatur berkuasa stim yang comel berdekatan Southampton dengan 2 stesen dan perhentian di tapak-tapak perkelahan, tasik-tasik dan kawasan permainan kanak-kanak.
Web: Eastleigh railway
Running 10 miles from Alresford to Alton the gorgeous Watercress Line was once used to transport locally grown watercress to markets in London. Today you can chug along its length and take in charming heritage stations and enjoy special events.
Web: Watercress railway
This Welsh railway winds its way past some of Snowdonia’s most inspiring scenery. A must for fans of heritage railways and North Wales’ spectacular, mountainous landscape.
Web: Ffestiniogg railway